Wednesday, March 4, 2015

Air Halia untuk masalah kembung perut.

Assalamualaikum,

Kenapa arini aku nak cerita pasal air halia pulak? saja nak share kelebihannya.. kalau korang malas nak rebus2 bagai..korang bole jer amik tablet Peppermint Ginger Plus.Lagi sonang...

Sebenarnya mak aku selalu mengalami ketidakselesaan perut contoh kembung, sakit perut berangin dan susah nak buang air besar.. aku ikhtiarkan HERBLAX, Alhamdulillah... masalah sembelit dia beransur kurang.

Ok, nak share tentang RESEPI AIR HALIA ditambah MADU ni untuk membuang angin dalam badan.


1) Cuci dan bersihkan halia.
2) Halia lebih kurang besar ckit dari ibu jari
3) Kemudian potong nipis.. ikut suka nak tebal ke nipis. Sebab bukan kita nak makan pon halia nih.
4) Masukkan air 1 liter. Rebus sampai mendidih.
5) Ambil 1 cawan air rebusan halia ni tambah 1 sudu besar madu lebah asli. Kacau sebati. Boleh lah diminum terus. 

Rasanya.. pedas ckit dan manis2.. klu tak bole tahan dengan rasanya yg sedap.. bole la amalkan Peppermint Gingerplus je.




Sebenarnya Halia atau nama saintifiknya Zingiber officinale mengandungi banyak khasiat termasuklah air, fosforus, kalsium, kalium, kabohidrat, niasin asid, vitamin A,B,C, tenaga protein, lemak dan asid organik serta gentian.

Ia dapat merawat penyakit angin dalam badan, sakit kepala sistem pencernaan bermasalah, asma, sakit perut, urat saraf lemah, batuk kering, mabuk kenderaan, kejang , buang angin berlendir dan macam-macam lagi.

Halia bersifat panas. Ia berupaya memanaskan tubuh, membantu proses pencernaan dan juga membuka hati yang tersumbat akibat hawa dingin dan lembap. Banyak lagi khasiat halia antaranya yang aku baca..

1. Halia Mengekalkan Peredaran Darah Normal.
Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang boleh membantu untuk memperbaiki aliran darah, serta membantu mengelakkan kesejukan, demam dan peluh berlebihan.

2. Memulihkan Mabuk dalam perjalanan
Halia adalah penawar yang diketahui berkesan untuk loya yang dikaitkan dengan mabuk. Sebab yang tepat tidak diketahui, tetapi dalam kajian kadet tentera laut, mabuk laut akan berkurangan apabila diberi serbuk halia.

3. Meningkatkan penyerapan nutrien dalam usus.
Ginger meningkatkan penyerapan dan merangsang nutrien penting dalam badan. Ia terjadi kerana halia meransang rembesan enzim gastrik dan enzimHal ini dengan merangsang perut dan rembesan enzim pankreas yang membantu penyerapan nutrien.

4. Pencegahan Demam dan Selesema. 
Halia telah digunakan beribu-ribu tahun sebagai rawatan semula jadi untuk demam dan selesema di seluruh Asia. Kajian di University of Maryland Medical Center mendapati, untuk merawat demam dan selesema di kalangan orang dewasa, rendam 2 sudu besar halia segar yang dicincang dalam air panas dan diminum dua hingga tiga kali sehari


5. Mengurangkan Ketidakselesaan Perut.
Halia sesuai dalam membantu pencernaan, seterusnya meningkatkan penyerapan makanan dan mengelakkan sakit perut. Halia dapat mengurangkan keradangan seperti juga aspirin dan ibuprofen

6. Mencegah Barah Usus. 
Satu kajian di University of Minnesota mendapati, halia boleh melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser kolorektal/ Usus.

7. Mengurangkan kesakitan dan keradangan. 
Halia mengandungi beberapa bahan-bahan anti-radang yang paling mujarab dan merupakan ubat penahan sakit semulajadi yang kuat.

8. Melawan Masalah Pernafasan yang biasa. 
Jika anda mengalami penyakit pernafasan biasa seperti batuk, halia membantu dalam mengembangkan paru-paru anda dan melonggarkan kahak kerana ia adalah ekspektoran semulajadi yang mencairkan dan membuang kahak. Dengan cara ini anda boleh dengan cepat pulih daripada kesukaran bernafas.

9. Rawatan Kanser ovari. 
Serbuk halia mendorong mematikan sel dalam sel-sel kanser ovari.

10. Menguatkan imuniti. 
Halia membantu meningkatkan sistem imun. Pengambilan sedikit halia sedikit sehari boleh membantu mengurangkan risiko strok dengan menghalang lemak melekat pada arteri. Ia juga mengurangkan jangkitan bakteria dalam perut, dan membantu melegakan batuk dan kegatalan tekak.

11. Mengurangkan Morning Sickness. 
Halia berjaya mengatasi kes morning sickness dan ketidakselesaan perut sebanyak 75 peratus.
Halia mempunyai nilai perubatan yang tinggi, kerana tumbuhan ini disebut dalam Al-Quran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud "Dan mereka dalam Syurga itu, diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil (halia)".


KHASIAT MADU.. kalau nak cerita khasiat madu memang sampai 1001 malam tak habis.

1. Melawaskan buang air besar

2. Menambahkan kecerdasan otak kanak-kanak

3. Mencerahkan mata
Sapu @ lumurkan madu pada bahagian kening anda.

4. Memulihkan penyakit banyak kahak

5. Mengubati penyakit dalam perut

6. Menghilangkan kesan terkena api, air atau minyak panas
Sapukan saja pada anggota badan anda yang terlibat.

7. Membersihkan kotoran yang ada dalam usus kecil dan besar

8. Menghilangkan kesan pati candu rokok yang melekat pada paru-paru

9. Mengurangkan serta menghilangkan ketagihan dadah
Amalkan meminum air bunga mawar panas yang dicampur dengan sedikit madu. Minumlah 2 kali sehari hingga anda benar-benar pulih.

10. Mengubati penyakit medu

11. Memutih dan menguatkan gigi dengan menggunakannya sebagai ubat gigi

12. Mampu mengubati sebarang jenis penyakit

Amalkan meminum air panas yang dicampurkan dengan 2 sudu besar madu setiap hari. InsyaAllah.


Khasiat tablet PEPPERMINT-GINGERPLUS

Supplement yang menggabungkan Halia, pudina, cekur manis dan pokok adas (fennal) sebagai bahan utama memberikan rasa nyaman dan melegakan senak perut.

Selain memberi kesan kelegaan perut ia juga mampu menolong dalam proses penghadamanseseorang.

Membantu membuang angin lebihan dalam usus.

Mengurangkan rasa sakit pada abdominal dan kembung perut.

Melegakan rasa loya & muntah (paling baik untuk ibu hamil dan disyorkan juga bagi mereka yang mabuk dalam perjalanan).

Halia & Pudina digunakan secara tradisional untuk merawat Sindrom Ganguan Usus (IBS).

Secara semula jadi, madu berkhasiat dan mengandungi gula seperti fruktus dan glukos selain mineral seperti magnesium, kalium, kalsium, natrium klorida, sulfur, besi dan fosfat. Ia juga mengandungi vitamin B1, B2, C, B6, B5 dan B3.


Berikut adalah beberapa kebaikan madu yang boleh kita peroleh:

Melegakan sakit tekak dan batuk

Sejak beribu-ribu tahun lamanya, madu sering dikenali sebagai penawar semula jadi untuk mengurangkan sakit tekak dan batuk. Ini kerana madu mempu­nyai sifat antibakteria yang­ mampu menghalang jangkitan bakteria dan mengurang­kan kesakitan.


Merawat luka dan cedera ringan

Sebelum penciptaan peti kecemasan atau ‘first aid’, madu sering digunakan untuk merawat luka dan kecederaan ringan.

Dengan sifat antibakteria di dalamnya, madu mampu menghalang pembentukan bakteria pada kawasan yang cedera dengan berkesan dan mempercepatkan proses penyembuhan.


Baik untuk sistem pencernaan badan

Masalah kembung perut dan angin sering mengganggu kita. Anda boleh mengambil madu kerana mempunyai kesan laksatif yang mampu mengelakkan sembelit dan masalah tidak lawas. Selain itu, madu juga efektif untuk melegakan sakit perut dengan pengambilan dos tertentu.


Menjadikan kulit lebih cantik

Vitamin dan mineral yang terkandung di dalam madu boleh mencantikkan, melembap dan menghaluskan kulit. Untuk wanita yang baru melahirkan anak, mereka disyorkan me­ngambil madu bagi menganjalkan kembali tubuh supaya kelihatan lebih cantik seperti sedia kala.


Kegunaan lain

Jika disapu pada rambut dan kulit kepala, madu boleh melebatkan rambut, membunuh kutu dan menghilang­kan kelemumur. Jika digunakan untuk meng­gosok gigi, ia boleh memutihkan dan mengilatkan gigi.

Bahan aktif di dalam madu yang dipanggil eucalyptol mampu bertindak sebagai antiseptik untuk mencegah jang­kitan kuman dan kulat.


Kebaikan madu dari sudut perubatan Islam

Madu memang dijadikan ubat dalam perubatan Islam berdasarkan dalil di dalam al-Quran dan hadis Nabi.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia,” (Al-Nahl 16:68)
Sabda Rasulullah SAW “Barang siapa minum madu setiap bulan dengan niat mengikut nasihat al-Quran, maka Allah SWT akan me­nyembuhkannya daripada 77 penyakit.

“Barang siapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu.

“Sebaik-baik minuman ialah madu kerana ia dapat memusatkan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada”.

Seperti perubatan moden, kaedah mengambil madu perlu diambil mengikut dos yang ditetapkan sesuai dengan penyakit dialami. Jika dosnya kurang, ia tidak mengurang­kan sakit. Jika dosnya berlebihan pula, ia boleh membahayakan badan dan menimbulkan masalah lain.

Untuk kes tertentu, pesakit perlu menambah dos madu sehingga mencapai tahap penyakitnya boleh sembuh dengan izin Allah SWT.

Terdapat satu kisah Rasulullah SAW menyuruh seorang lelaki meminum madu untuk mengubati sakit perutnya.

Lelaki itu hanya me­ngambil dalam dos yang sama sebanyak beberapa kali. Ini menyebabkan sakitnya tidak pulih kerana dos madu yang diambil tidak mampu untuk membuang kotoran sepenuhnya di dalam perut.

Selepas lelaki itu datang kepada Rasulullah SAW dan mengadu sakitnya belum pulih, Rasulullah SAW sangat faham dos yang diambil lelaki itu tidak mencukupi.

Nabi menekankan bahawa lelaki itu perlu terus menambah dos madu sehingga mencapai dos sesuai untuk merawat penyakit.

Dengan manfaat dan amalan perubatan dari dunia moden dan alternatif seperti perubatan Islam, madu tidak syak lagi adalah makanan yang bermanfaat untuk kesihatan kita. Inilah masanya kita mendapatkan kebaikan daripada khazanah alam ciptaan Allah SWT yang tidak ternilai harganya.

- See more at: http://www2.hmetro.com.my/articles/1_001khasiatmadu/Article#sthash.KCPOgeEV.dpuf
Shaklee Peppermint-Ginger Plus ini tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambhan dan tabletnya juga boleh dihancurkan, dicampurkan bersama air suam @ panas untuk minuman herba semulajadi.

Sebotol hanya RM45.00 (retail price) mengandungi 90 tablets. Bole hubungi saya jika berminat untuk mencuba supplement yang ringkas & mudah di amalkan ni.



Lyna Sabran


♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1109279 ]


♥ Contact No | WhatsApp | TELEGRAM | SMS :019 680 0226


♥ Emel : mummy.beela@gmail.com


♥ Blog :http://mummynabvitalounge.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment