Sunday, September 28, 2014

PAPAN VISI : Ape tu???


"PAPAN VISI" atau Vision Board dalam bahasa inggerisnya...

Board ni.. tempat kita tepek segala impian kita dengan jelas untuk mencapai matlamat kita... hari2 kena pandang dan sebut.. "saya mesti memiliknya...!"

Untuk bagi IMPIAN tu jelas lagi terang.. kita mesti ada satu vision board dan USAHA untuk memiliknya.

Ini yang saya pelajari daripada 'mami2 shaklee' saya.. ( untuk merapatkan ukhwah..upline2 kitorang panggil mami @ dedi )

Just go thru... apa yang saya impikan.. tolong do'akan saya ye... Semoga saya istiqomah dalam beribadat & berusaha mencapai kejayaan bukan sahaja di dunia malah di akhirat kelak. Amin.


Rumah Idaman - semi D 5 buah bilik
Kenapa 5 buah bilik? bilik utama bilik kami, 3 bilik untuk anak 3 orang, satu lagi bilik nak jadikan SOHO [ impian bekerja dari rumah sendiri]. Kalau ada bilik tambahan buat bilik tetamu =)
Impian yang dalam impian.. nak bungalow tepi pantai menghadap laut. aku memang suka tengok laut... cantik sangat ciptaan Allah!

Menunaikan Umrah & Haji.
Ada rezeki saya..panjang umur kami sekeluarga [termasuk mak & mak mertua] boleh la kami sama2 menunaikan Umrah & Haji. Hajat di hati nak bawak anak2 semua setelah dorang dah tak pakai pampers.. senang skit kan.
Lebih bersedekah dan langsaikan hutang2...
Sebelum perbanyakkan sedekah, wajib dilangsaikan hutang2 terlebih dahulu. dah langsai hutang piutang dengan bank & kerajaan bagai.. lega ckit... "peace of mind" orang kata!

AUDI R8 eTRON  - Tony Stark pakai dalam Ironman3 -
Ni impian merapu namanya... sajek jer.. bagi korang..."wah! dia ni gila..." nak bawak laju mana je kat malaysia ni oii..kang kena saman...tak payah nak berangan nak beli sportcar kalau bawak 100 km/j. Aje kena sumpah seranah dengan orang je jah oit! SUV sudehh... Aku suka SUV dari MPV..lebih Elegan tapi sporty, gtu... aku tak suka Alphard, Vellfire, BMW... tak pandang ar... harharhar.. kejam ko!!! Tapi aku memang sangat minat AUDI.. dapat Audi Q5 ni pon dah SMART!!! Bulanan??? bayar le RM3000+ InsyaAllah, segalanya tak mustahil dengan rezeki kurniaan Allah. Betul tak?

Audi Q5

Sekian.... Terima kasih. Jangan lupa do'akan saya. Heeheeh.







No comments:

Post a Comment